Followers

Sep 13, 2009

Kerja di hari miggu

Pepagi tadi dok elok aku planning cantek punya nak pergi jejnalan dengan Amru tibe-tibe aku dapat call dari Mr. Masunaga san (bos Jepun). Ha!! aku dah agak dah kalau dia call je mesti ada tugas sulit untuk aku malam ni, name pun Asst. Engineer so bile Engineer takde aku la kene turun padang malam-malam macam ni, tu dia tak kawen lagi tu, bile dia dah kawen nanti memang keje aku la malam-malam macam ni ganti dia, kekadang aku rase badan aku ni dah macam mesin dah, tapi kalau aku tak amik OT dibaginya kat orang lain nanti aku gak yang makan hati...

Mahu tak mahu aku pulun je. Lagi pun cik bulat pun jauh nun kat Johor sana. Kang duduk rumah macam-macam aku fikir bile dia tak mesej aku, bizi kah dia?, marah kat aku kah?, curangkah dia disana? (harap2 tidak!!). So dari aku dok fikir bukan-bukan baik aku sibukkan diri aku dengan keje. Hujung bulan cik bulat balik boleh ajak pergi shopping sesame, boleh pergi jenjalan, boleh pergi tengok wayang, boleh pergi berkelah, boleh pergi karaoke, boleh pergi berapa banyak boleh la...


Ye la selagi ada kekuatan gunakan sepenuhnya... tapi bak kate cik bulat "hati2!". Maknenye berwaspada, waspada dengan persekitaran tempat kerja dan gudaan gadis2 kilang... cite pasal gadis2 kilang ni pergh!! Kekadang bercalar gak iman aku ni, asal melintas depan aku je berdesup bau harum menyengat rongga hidung aku, kemenyan jenis ape entah yang diorang asapkan. Cik bulat punye bau terus aku lupa... Mane tak brader2 otai kilang aku ni tak balik lambat, memanjang OT je, sebab diorang ni la. Elok keje boleh siap 10, 20 minit dianjakkan kepada 2, 3 jam. Bini kat umah bukan tau, yang penting hujung bulan duit dapur dia dapat. Jangan risau kak dia org cuci mate je. Kalau agak-agak tak balik langsung tu kasi cucuk mate dia.



Tp saya tak macam dia org tau cik bulat, saya juz jeling2 je. Nak main2 mate tibe2 teringat kat kamu. Punye la setia saye, kamu tgk. Setakat jelingan dia org kamu punya jelingan lagi menawan, setakat senyuman dia org kamu punya yang aku rindu... Betul, sumpah!!. Setakat bau kemenyan, kamu lagi wangi, bau kucing...


Pendek kate kamu lah yang terbaik untuk saya dunia akhirat. Tiada tandingannya...

Paling chomel dan yang paling saye rindu...

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.