Followers

Aug 20, 2010

Puasa bersama Burung

Dari malam lagi beria-ria cik bulat ajak saya keluar… Maklum la baru balik dari Batu Pahat, Johor rindu la tu nak bawak Mimi pergi jalan-jalan, malam tu Mimi tak balik rumah dia, sebab mak dia kurang sihat semput-semput. Puas la cik bulat tu menebus sisa-sisa rindu yang selama ini dipendamnya. Argh! Mane aci asyik cik bulat je melepaskan rindu-rinduan dia, saye pun mahu juge. Esoknya pagi-pagi lagi aku gerak pergi rumah cik bulat…


Pergh! tak mandi lagi… anak dare sape ni? Cik bulat baru nak masuk bilik air… Geram je, takpe-takpe kite main dengan Mimi dulu. Wah! Syamimi dah wangi, ikat tocang lagi. Nak pergi jalan baru la dia jinak nak bertocang kalau tak, main kejar-kejar la dalam rumah tu dengan dia. Hai, selamat makcik Nab ada. Nak harap cik bulat, alamat satu kapal la dia orang tu nanti (sama-sama tak mandi). Mimi dah pandai dah sekarang semua nama binatang dia sebut… Teringin nak bawak dia pergi Zoo Negara, nak tunjuk kat dia gorilla… Binatang yang dia paling takut sekali setakat ini. Tak tau kenapa maybe sebab ada taring yang panjang macam hantu kot?



Cik Bulat dah siap, mula-mula destinasi pertama kite org ialah pergi hantar Helmi (adik cik bulat) pergi bus stand dulu sebab dia nak balik Politeknik dia di Kedah. Lepas je hantar Helmi saya pon roger la si Amru (sepupuku), memang hantu tidur jam menunjukkan waktu 11.30am dia belum bangun lagi, entah kali ke berapa saya call baru dia angkat…


Muaz: Pong!, ko dah bangun ke belum? Ada pergi mane-mane tak hari ni?
Amru: ….ha?baru bangun…takde pergi mane, kenape?Muaz: Takde la aku ingat nak ajak ko dengan Elin (GF Amru) pergi Taman Burung hari ni jalan-jalan nak tak?
Amru: Ok-ok…10minit
Takdenye 10minit, 20minit baru nampak batang hidung dia…


Amru: Huit! Anak sape ni ko bawak?Muaz: Anak kawan mama Era (nama formal cik bulat).
Amru: Mak dia tak marah ke?
Muaz: Entah ko tanye makcik kat blakang tu? Eh Elin dah siap ke?
Amru: Ha, kite pergi rumah dia dulu amik diaMuaz: Ok


Sampai rumah Elin dia pun sama terkejut tengok Mimi, Mimi pun same terkejut tibe-tibe je ramai orang dalam kete ni tadi kitorang bertiga je… Si Elin cuba nk mesra-mesra dengan Mimi pun dibalas Mimi dengan muka yang berkerut. Bila Si Elin gurau-gurau sikit habis Elin dipukulnya… Tak biasa lagi agaknya dengan si Elin…


Kami sampai di Taman Burung tepat jam 12.30pm, tiket kami RM20 seorang manakala Mimi percuma… untung jadi budak-budak percuma je. Masuk je taman burung kami disambut dengan kicauan burung-burung yang entah berapa ratus ke ribu jenis dalam taman tu… mimi dah mula seronok tengok burung-burung jinak di sekitar kami… bukan main dia berlari-lari… kat sane ada tempat penetasan telur ayam, kat situ Mimi ni paling seronok tengok sebab anak ayam dan anak itik sebab kite boleh sentuh dan pegang. Mimi pun ape lagi direngamnya anak ayam tu macam tanah liat, separuh mati anak ayam tu dia kerjakan, bukan tu saje tangan sebelah lagi ditarik-tariknya bulu anak ayam tu… kesian saya tengok… tak caye blh tgk videonya kat blog cik bulat saya. Ok, tengok gambar ye.








Saya cuba mengajar mimi cara berkomunikasi dengan burung, tengok mimi agak teruja dan kagum dengan kebolehan saye.


cik bulat pun taknak mengalah, nak cuba berkomunikasi juga dengan burung ni. Tapi mungkin cik bulat tersalah cakap lalu mengguris hati dan perasaan si burung lalu…


Adoi!!! Arrgggghhhh!!!! (cemas…) cik bulat dipatuk oleh burung berparuh besar ni…!



Saya tak puas hati, jadi saya marah balik burung tu. Selamat mimi tenangkan saya kalau tidak habis burung tu saya togelkan. Dengan nada insaf burung tu pun minta maaf kat cik bulat.



Penat berjalan kami pun berehat kat kawasan rehat di situ ada kolam, dalam kolam tu penuh dengan ikan koi n itik cantik-cantik semuanya… mimi yang gilakan air dah siap buka kasut nak masuk dalam kolam tu nasib baik kite orang perasan. Kalau tak berlencun semuanya…Mengamuk si syamimi bila kitorang tak bagi dia dekat dengan air kolam tu… Bila budak kecik tu dah start mengamuk apa lg “Jom balik!”. Kat luar jam 3.40pm, Mimi minta sesuatu kat cik Bulat… “Ayiii..Ayiiii..” (maknenya air) dengan "Ma, chucuu Ma...." (mintak susu) mase tu baru kitorang teringat yang Mimi tak makan lagi dari pagi…





Mimi puasa sama macam kitorang juga. Kesian dia. Tak sampai hati. Apa lagi cik bulat bergegas belikan mkanan untuk mimi… Sampai tertidur Mimi tunggu makanan. Kesian mimi lapar + penat + gembira + tak puas buat mimi tertidur dipangkuan Amru. Saya drive mase tu. Cik bulat sampai terus kejutkan mimi dan bagi Mimi makan… Tau pun takut… Ayok! Bawak anak orang jalan tak bagi makan ka? Kejam-kejam, dengan saya terlibat sama.


Sampai je kat rumah tak jadi tido si mimi ni, si cik bulat ni pulak sebok tunjuk gambar kat Mama dia. Sebok jugak la si Mimi nak bercerita kat cik Nab dia tu… Habis saya yang penat-penat ni kene la layan dia…


Hari tu sy b’buka di rumah cik bulat….


B’sambung…….

Syamimi Sayang

Assalamualaikum… Kesiannya blog saya ni dh lame kene tinggal… cik bulat saya ni bukan nak tolong updatekan. Janji dulu nak tolong, makan dah belanje, jalan-jalan dah bawak, tapi keje tak buat. Ni nak mengungkit ni… cian blog saya ni… takpe cik blog sekarang saya akan cuba hias kamu lawa2… bagi cerita yang segar2… supaya kamu ceria macam dulu semula ye cik blog…


Syamimi binti Najib, tu la name budak kecik yang kite orang paling sayang dah macam anak sendiri kite orang anggap… cuba tgk kat blog cik bulat shaye selalu sangat cerita pasal budak tu… sikit-sikit rindu syamimi, sikit-sikit rindu syamimi… saya dia tak rindu ke? Kalau mcm tu saya pun nak cerita jugak la pasal budak ni…


Syamimi atau nama timangannya Mimi, umur dia baru 1 tahun 9 bulan, dia ni anak kawan mama cik bulat… nak dipermudahkan cerita mak si mimi ni kerja dan mama cik bulat la yang mengasuh si mimi ni dari jam 8.30 pagi sampai 6.30 petang. Dulu mase budak mimi ni mula-mula sampai umah cik bulat aku tengok kecik je budaknya… takut aku nak pegang, tapi sekarang dah boleh jalan lasak dia kalah budak lelaki…Apa yang aku seronok dengan si syamimi ni sampai shaye n cik bulat sayang sangat kat dia?

Syamimi

Bace kat bawah ni:

1. Si Syamimi ni ceria budaknya, pandai amik hati orang… kekadang tu menjobo gak macam cik bulat dia suka menunjuk-nunjuk tak kira la barang ape yang baru dibeli semua nak ditayangnya, lepas tu tau pulak kedekut bile org nak pinjam.


2. Suke kucing, “nyauuuu…nyauuuu….” kucing kat umah tu dia panggil. Nak bela sori makcik Nab tak suke kucing… cik bulat lagi la… ikan Nemo la katakan…



3. Si mimi ni pandai wat memek muka, tu aku tak tau la atas didikan aku ke cik bulat? Berlakun pun pandai banyak muslihat budak ni…


4. Bijak sama macam saye, belum masuk 2 tahun lagi nombor 1 hingga 10 dah jadi lagu harian dia A,B,C… pun sama. Tu yang shaye belikan beg tu bagi dia mood nak pergi sekolah supaya jadi budak-budak yang cintakan ilmu…


5. Suka jalan-jalan, pantang tengok cik bulat shaye tu melawa sikit… “kut…kut…” nak ikut la tu maknanya… Sejak pandai jalan ni dah belagak dah takmo jalan pegang tangan. Belagak macam orang dewase…


6. Suka mandi, disebabkan budak syamimi ni aktif asyik bergerak je so badan dia cepat berpeluh… dah berpeluh mula la dia rimas asyik ajak cik bulat mandikan dia je la… kalau tengok dia kat bilik air bukan main punye la seronok dia dapat air dah macam duyung dah aku tengok…

7. Penggeli, kalau dia yak (buang air besar) tak boleh tengok taik dia mesti dia nk muntah… kalah orang mengandung… Bau busuk pun nak muntah..Kueh lembik-lembik pun dia geli… Cian la laki ko mimi nanti Mimi.



8. Kentut kuat, tu berjangkit dengan aku tapi part bau tu xsama aku wangi sikit… Sanggup kentut je mase jalan dari berak… Dia tau kalau berak je mesti balik awal punye… Dah kat rumah amik ko cik bulat oi… Melambak… Padan muka ko cik bulat kena basuh…hahaha…



9. Suke nyanyi sorang-sorang… Tu perangai cik bulat yang suka ajak dia pergi karaoke… Jangan nak mandai-mandai kate saya yang ajar…

10. Photogedik, pantang ada orang nak nangkap gambar ade je dia nak sengeh-sengeh same…Tayang gigi baru la katakan.


dan banyak lagi… lain kali kite cerite lagi ye?


Untuk Syamimi, kami doakan kamu menjadi anak yang baik, hormat ibu ayah, tak nakal-nakal, pandai jaga diri, cemerlang dalam apa jua bidang yang kamu ceburi. Dan jangan lupa, sentiasa ingat kami ye budak bucuk? Doa kami supaya kamu jadi wanita solehah serta menjadi contoh kepada masyarakat satu hari nanti…

Amin…