Followers

Jan 29, 2011

Dah Tamat...

Selamat tinggal pada semuanya... sampai di sini sahaja biar aku mengundurkan diri... Terima kasih...

Jan 18, 2011

Nenek dan cucu baru…

Kamu pernah ngak bawa pacarmu pulang ke kampung halaman kamu? Aku? Pasti iya-iya aja dong jawaban aku… ape cakap indon plak aku hari ni. K aku nak mula cite ni sebelum aku culik cik Asma aku balik ke kampung aku, aku minta izin mak ayah dia dulu, ikut pesanan mak aku la katekan, ye la yg kamu nk hurung kesana kemari tu ank dara orang bukan anak arnab ye incik Muaz… lagi pun nk harap cik Asma kite ni bukak mulut mintak izin kat mak ayah dia memang harapan la dia ni berat mulut sikit, takut kene marah. Aku keringkan ati je yang penting aku dh minta izin bagi tak bagi tu belakang kire. Akhirnya alhamdulillah mak ayah dia izinkan dengan syarat jaga cik Asma dia ni elok-elok n pulang jangan lewat malam. Aku pegang amanah mak dia tu.
Sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman aku, cik Asma senyap je gemuruh kot, tapi aku kenal family aku dan aku pasti nenek n makcik-makcik aku semua boleh terima cik Asma ni. Ternyata tanggapan aku tadi tidak meleset walaupun cik Asma ni pendiam tak banyak bunyi tapi dia cepat sesuaikan diri dengan suasana n family aku. Lebih-lebih lagi bila dikerumuni oleh sepupu-sepupu n makcik-makcik aku yang masing-masing macam permidato-permidato kebangsaan, mau taknya tak henti-henti bercakap. Gelak-gelak jangan cakap la riuh suasana dalam rumah tu… cik Asma cuma senyum n senyum sahaja. Lepas satu satu soalan yang makcik aku tanyakan pada cik Asma, maybe terkejut, dia ingatkan cik Asma ni cik bulat. Maklum la dia orang kenal cik bulat dulu dari cik Asma melalui FB. Tapi segalanya telah aku jelaskan pada mereka-meraka tu n cik Asma pun dh sedia maklum dengan segalanya, jadi kekeliruan semuanya telah terjawab. Lagi satu dia suka cik Asma sebab nama dia sama dengan adik aku Nor Asma juga.
Nenek pun suka benar aku balik kampung, maklum la 5 bulan sekali, gila lama bukan jauh pun Bangi~Klang, tapi nak buat macam mane masa terlalu terhad untuk aku ke sana. So ada masa hari tu aku bawak balik buah tangan n buah hati untuk dia package. Masa kat kampung cik Asma sempat juga tolong nenek aku masak gulai pucuk ubi, sambal ketuk n ulam-ulaman makanan wajib aku kat kampung. Kalau musim jering, gulai jering la jadi menu wajib, pergh tak tahan beb kecur lidah aku dh ni… pas abis je makan, makngah aku lak datang masak lagi, aku makan lagi, pas solat Asar makcik Kiah aku lak datang ngan ank beranak dia yg jobo-jobo (ngade-ngade orang N9 je yang paham) tu bawak kueh-mueh untuk minum petang, makan lagi aku, memang hari tu dikhaskan utuk aku membuat regangan otot-otot perut aku. Suke la cik Asma kau tengok perut aku ni dah membelon… tak pe esok kite puasa ye sayang? Petang tu aku tinggalkan cik Asma berdua dengan nenek selepas makcik-makcik aku balik kerumah masing-masing.
Aku pergi umah kawan lame aku kat kampung, lame dh tak jumpa dia, lalu depan rumah ada kereta dia sah-sah memang dia ada di dalam. Seronok dapat jumpa siap bukak FB tunjuk membe-membe lama yg dh lame lost contact, ada yang dh kawen ada yang dah jadi ustaz, paramugara, penyanyi semua ada. Segan aku jadinya. Dh xde rupa kanak-kanak rabina macam dulu dh, berjanggut dh semunya. Yang kat mesir jangan cakap la belambak. Maklum la aku dulu sekolah agama tapi form 4 terus cabut pegi sekolah teknik, kalau tak berserban dah aku sekarang ni. Borak punya borak dh nak maghrib, aku dh janji ngan mak dia nk balik awal.
Sampai-sampai je rumah aku tengok sunyi je rumah, bukak je pintu bilik tengok nenek tengah solat maghrib, cik Asma terlelap atas katil nenek, cian dia penat agaknya tolong masak tadi sampai dua sesi satu ngan nenek satu lagi ngan mak ngah. Cik Asma tak leh solat dia ABC (Allah Bagi Cuti). Pas je aku selesai solat maghrib aku pun minta izin nak balik, mula-mula nenek ajak cik Asma tidur sana satu malam, tapi dia dh janji ngan mak dia nk balik hari ni… Nnt mase sepupu aku kawen nnt nenek suruh aku ajak cik Asma tidur umah nenek. suke ke nenek aku ngan cik Asma ni? Ape la yang nenek aku cite kat cik Asma ni? Bercakap ke dia ngan nenek dia ni memang tak banyak bunyi? Bila kau tanya kat dia “awk bual ape ngan nenek?” dia cakap “rahsia…”. Rahsia la nnt aku majuk kang…Kita orang pulang dengan hati yang lapang n perut yang kenyang.
Sampai-sampai je kat depan rumah cik Asma
Cik Asma: awkkk… saya rindu nenek…(ngade-ngade)
Aku : hai rindu dh? Pegi la rindu nenek awak, tu nenek saye la.
Cik Asma: nak rindu nenek awk juga… nenek awk baik.
Aku : tu la saye dh cakap nenek saye baik. Sebab tu saye bawak awk jumpa nenek
saye. Bestkan balik kampung saye?
Cik Asma: best! Awk jom kite balik kampung lagi minggu depan?
Aku : jom! Banyak la mggu depan saye kerje la sayang oi…
Cik Asma: minggu depannya lagi?
Aku : ye la nnt ada masa saye bawak awak jumpa nenek saye lagi ye?
Cik Asma: janji?
Aku : ye saye janji…

See? kenapa aku suka family aku? Sebab mereka semua bestttt… sabar ye sayang nanti kite jumpa nenek lagi ye?

sebelum balik, cik Asma amik gambar sebagai bukti kat mak dia, siap cium-cium lagi saaaaaaaaaayang nenek.

p/s : yang muda disayangi yang tua dihormati…betul tak kawan-kawan?

Jan 16, 2011

Tonton ialah Kurafat


Alhamdulillah...syukur kepadaNya yang telah banyak memberi rahmat dan nikmat kepada aku sehingga ke hari ini... diharap pembaca pembaca @ pembaca-pembaca (ada ke orang bace blog aku ni?) blog aku ni pun bahagiye jugak ye... bagi yang putus cinta jgn sedih-sedih ramai lagi orang yang sayang kamu... bagi yang cuba mencari cinta teruskan mencari sertakan dengan doa sekali ye smga yang kamu cari tu biarlah yang berkekealan takde la membazir nanti ye?

Aku baru pas blk dari tgk citer kurafat tadi...memang kurafat pon tajuk citer dia... aku bagi 4 bintang la kat citer ni. Dh lame dh aku xtengok wayang, siang tadi pas aku hantar arnab-arnab aku kat umah cik asma aku ajak la dia tengok citer kurafat ni, cik Asma kite ni tibe-tibe ada mood nk temankan aku tengok wayang selalunya menolak,sebab dapat anab baru kot tu yang lembut ati tu? lokasi TGV Bukit Raja Klang. Nak jauh-jauh takut terhantar lambat pulak ank dare org ni nnt. Untuk nk jg ati org tua dia aku pilih la yg dekat dgn rumah n cik Asma ni xcerewet sangat tempat-tempat dating ni. Depan rumah pun boleh. So seram hantu dia gatai-gatai semuanya main plok-plok orang, muncul depan-depan muka orang mcm nak comolot kau aku tengok. Cik Asma ko main tutup-tutup muke tadi aku tengok. Part mak dia sakit masuk hospital tu aku rasa macam buang mase je sebab xde kaitan dengan antu tu. Apa-apa aku dah tengok citer ni ko orang yang xtengok lagi g la tengok cepat Liyana Jasmay pakai tudung tau dlm cite ni bukan itu sahaja A.Galak terapung pin ada gak tau pendek kate semua ada tau. Nak tau best ke tak best kene la tengok sendiri.

Di bawah ni sinopsis citer dia koorang bace la sendiri pas tu g tengok kat wayang ye xpon tunggu la raye taun depan doa-doa la kuar kat TV3 nnt...


Sinopsis:

Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tapi manusia tanpa mengira akibatnya, membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan. Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital, sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda di pertengahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri serta ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersikap pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma pasangan ini. Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri dengan mayatnya tergantung. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akur dengan kesilapan silamnya. perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi. Kesimpulannya Khurafat adalah satu amalan yang mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta).

Selamat malam semoga mimpi-mimpi tang indah-indah ye.....

Jan 8, 2011

Hilang tumbuh patah berganti...(Pengganti Cik Bulat)

Pagi yang indah, xseindah liku-liku hari yang aku tempuhi sekarang ini...
seperti mana yg sedia dimaklumkan oleh cik bulat kami telah pon berpisah dalam artikata lain aku ni telah menduda (woit bile ko kawen mueh!!).
sebab kami berpisah? biarlah kami n mereka2 sahaja yang tahu... kepada cik bulat thanks atas pengorbanan anda selama ini, aku tahu aku sangat bodoh kerana meninggalkan kamu, tapi percayalah ada hikmahnya....banyak yang aku belajar atas perpisahan ini. setiap pertemuan ada perpisahan dan setiap perpisahan ada kerinduan dan setiap kerinduan itu pasti diluahkan pada doa dan doa itu haruslah kita pohonkan kepadaNya yang maha merancang setiap pertemuan dan perpisahan itu...
Ternyata Dia maha memahami... saat cinta itu pergi Dia telah temukan aku pada pengganti cinta yang lama...
Memiliki ciri2 yang seakan2 sama dengan cik bulat. sangat menurut kata... segala persoalan yang aku ajukan akan dijawab dengan selamba je tanpa berselindung apa2. sangat memahami aku xpernah menghampakan aku... mak aku pon dah mula berkenan dengan dia. setakat masak memasak ni aku rasa memang dia teror mau xnye semua resepi masakkn semua dia tau... omak aku memang suke menntu yg rajin kedapur ni (eh ape yg kau mengarut ni mueh?), aku pun xtau mcm mane blh jatuh hati dengan dia? aku kenal dia pun melalui laman sesawang, mmg niat aku pun nk cari pengganti cik bulat maklum la dh jd duda ni bak kate cikbulat hidup mesti diteruskan, tp kene makan ikan (hahaha... gila jahat, maap ye cik bulat terkasau pulak bahasa melayu saye ni). then akhirnya aku jumpa la ngan pengganti cik bulat ni... cun woooo... kecik je budakny... ajak dating punye la pemalu kene ajak kwn (adk bradik dia). kite orang slalu dating pon kat kdi mkn je stakat ni... paling kerap kat Hailam Kopitiam kat sek.7 xpon kat McD sek.2 S.Alam... kat situ la dia banyak cite kat aku mcm2... bab2 agama pun dia tau jwb, kadang2 malu aku dpan dia, maklum la aku ni nama je Islam tapi banyak bodohnya lg... sekurangny bila aku ada dia aku sedar masih ada lg yang sudi temankan, betulkan aku dari terus hanyut dengan kejahilan aku ini... aku suka dia pun sb dia simple xperlu makeup tebal2 pun dia dh memang sempurna, bak kate mak aku kecantikkan itu hany sementara dan cantik yang kekal itu hanya pada budi bahasa kita akhalak kita... aku ni masih boleh dicantikkan lg ke? bila mak aku ckp mcm tu terasa diri ini hodoh sangat, buta lah perempuan yg pandang lelaki pada luaran sahaja, dan sempurnalah dia apa bila menilai seseorang itu pada hatinya, akhlaknya, budibahasanya... memang aku kalah pada cinta. nafsu itu cinta dan cinta itu perlu mengawal nafsu dari merosakkan sesebuah cinta itu sendiri. itu yg aku blajar dari dia. sikit pun aku xpernah jemu bila aku beersama dia. dan kerana dia aku masih menyambung kisah-kisah hidup aku dalam blog yang lama telah aku tinggalkan ini...
ni la dia pengganti cik bulat sy...

















bukan awek 2 la tp yg ditangan dia 2, aku punye mcm wane merah ni... ni wane febret cik bulat sj je beli wane ni sb nk amik mood dia bila aku menulis blog or wat pe2 kerja la... so indah bila bersamany (gila...)