Followers

Feb 14, 2011

Selamat tinggal masa lalu

Salam maulidurrasul... hari yang penuh barakah, semoga ianya memberi seribu satu sinar kepada kita semua di atas muka bumi ini.
Maaf aku pohon kepada kamu-kamu yang membenci aku, aku ada alasan aku sendiri kenapa aku berbuat sebegitu. Demi menjaga nama baik pihak-pihak berkenaan izinkan aku berdiam diri. Aku juga ingin bahagia seperti mana kamu-kamu yang lain. Aku juga ingin di sayangi seperti mana kamu-kamu yang lain. Sikit pun aku tak berniat untuk menyakiti hati mana-mana pihak. Biarlah masa mematangkan kami semua. Ada hikmah semua ini, aku tidak mencari yang sempurna cukuplah yang sederhana. Kepada yang membenci aku teruskanlah membenci jika itu boleh memuaskan hati kamu. Sila caci aku, jangan libatkan cik Asma dalam hal ini. Aku yang memulakan bukan dia yang mencari aku...
Aku mahukan jalan cerita aku yang baharu, kamu kenal aku dengan kebencian maka kamu akan terus membenci aku. Jika kamu kenal aku sebagai kawan tentu aku akan sayangi kamu. Aku tidak pandang rupa kamu untuk aku berkawan, aku tidak pandang darjat kamu untuk aku berkenalan, aku tidak pandang keturunan kamu untuk aku berdampingan. Semua bagi aku sahabat...
Jika membenci aku boleh mengembirakan kamu silakan, jika mencaci aku boleh menenangkan kamu aku alu-alukan, jika kematian aku boleh membahagiakan kamu, ketahuilah akan tiba masanya aku juga pasti akan mati. Kamu adalah yang terbaik untuk aku kerana kamu setia membaca blog aku walaupun kamu membenci aku kamu masih sudi membaca. Jutaan terima kasi aku kepada kamu...
Dah-dah tak nak gadoh-gadoh, aku mau mulakan jalan cerita hidup aku yang baru. Aku ada kerna adanya kamu, aku menulis juga kerna cinta aku pada kamu semua...terimakasih sahabat...