Followers

Sep 3, 2010

Berbuka bersama Abah cik bulat

Sambungan dari entri Puasa Bersama Burung


Kat umah cik bulat ramai orang hari tu… mak ayah cik bulat, nenek cik bulat, adik cik bulat si fadzli, n abang-abang si mimi, maklum la mak mimi kurang sihat jadi dia orang kena la tido rumah cik bulat dan hari tu aku mintak kat cik bulat utk b’buka kat rumah dia dengan family dia, tapi jawapan dari cik bulat…


“ish, tak mau la, nanti ayah saye marah…”


hampa… susah cakap ngan orang yg takut-takut ni, so plan b’tukar...


Muaz: “awak, jom la kite buke kat luar?”
Cik Bulat: “hah? Awk g minta izin kat mama sy dulu…”
Muaz: “Okey!” “makcik… sy nk mintak izin bawak era kuar buke same boleh tak?”
Mama cik bulat: “eh, buke sini je la…”
Muaz: “abis, pakcik?”
Mama cik bulat: “nape ngan dia? Takut?”
Muaz: “tak de la, boleh ke?”
Mama cik bulat: “boleh, dh g bawk mimi ni main kat dalam bahaya kat dapur ni…”
Muaz: “mimi jom! Yes!!! Kite buke same hari ni yahoooo…”
Mimi: “bubom…bubom” (burung-burung)
Muaz: “ha ye la tak habis-habis dengan burung-burung ko tu…”


Huh, mimi masih tidak memahami perasaan gembira aku masa tu…hampeh. Cik bulat pulak sebok dengan ganbar-gambar dia, tapi kalau nak harap cik bulat cakap kat mama dia macam tu hum… kempunan aku, ntah lambat lg la jawabnya…


Petang tu cik bulat ajak g bazaar ramadhan kat area umah dia je… mimi tido time tu kalu dia ada tentu seronok suruh dia pilih makanan… maklum la dia sekarang dah kuat makan. Perut pun dah membuncit atas didikan pemakanan mentor dia cik bulat kite tu.


Juadah dah terhidang masing-masing senyap, suara mimi je yang kedengaran mase tu…”bubom…bubom…” seronok sangat dia pergi taman burung hari ni… “allahuakbar…allahuakbar…” mimi cepat-cepat cari pinggan dia… lauk dia nasi ngan kicap… kenyang ke? Ala budak-budak bukan makan pun…


Mama cik bulat: “ha… muaz bace doa”
Muaz: “hah?” blur-blur aku time tu “bismillah hirrahman nirrahim… allahumma lakasumna wabika amanna wa ala rizkika aftarta biroh matikaya arhamarrahimin…allahumma baariklana fi ma razaktana wakina a’zabannar… amin…” huh berpeluh aku.
Cik bulat: “jom makan…”
Abang-abang mimi: “Jom!!”


Seronok makan ramai-ramai ni… masa bulan puasa ni la kita nk berkumpul mengeratkan silaturrahim… macam aku hari ni ha… Mimi kekenyangan, bile dah kenyang makanan depan mata tu jadi mainan si mimi. Haha… Terima kasik mama cik bulat kalu dia tak pelawa ntah bila lagi la agaknya…


Ko orang nk tau ape yang membuatkan aku lulus berbuka b’sama ayah cik bulat?

Bila kat rumah sy msg cik bulat:


Muaz: “awk, awk kate ayh awk marah ajak laki lain berbuke kat umah?”
Cik bulat: “entah, mama cakap ngan abah yg nenek ajak awak buke sini…”



Ko tengok tak pasal-pasal nenek dia terlibat sedangkan nenek dia tak cakap ape-ape pun… betul la cakap orang tua dulu-dulu kalau nk ngorat ank, ngorat dulu mak dia segalany bisa diatur…ayah dia yg dulu aku jumpa asik mengasah pisau je kat dapur sekarang dah mula lembik-lembikan misai dia untuk senyum… tu yang menambahkan semangat aku nk suruh mak aku masuk meminang… ko tunggu ye cik bulat aku datang nanti…

Aug 20, 2010

Puasa bersama Burung

Dari malam lagi beria-ria cik bulat ajak saya keluar… Maklum la baru balik dari Batu Pahat, Johor rindu la tu nak bawak Mimi pergi jalan-jalan, malam tu Mimi tak balik rumah dia, sebab mak dia kurang sihat semput-semput. Puas la cik bulat tu menebus sisa-sisa rindu yang selama ini dipendamnya. Argh! Mane aci asyik cik bulat je melepaskan rindu-rinduan dia, saye pun mahu juge. Esoknya pagi-pagi lagi aku gerak pergi rumah cik bulat…


Pergh! tak mandi lagi… anak dare sape ni? Cik bulat baru nak masuk bilik air… Geram je, takpe-takpe kite main dengan Mimi dulu. Wah! Syamimi dah wangi, ikat tocang lagi. Nak pergi jalan baru la dia jinak nak bertocang kalau tak, main kejar-kejar la dalam rumah tu dengan dia. Hai, selamat makcik Nab ada. Nak harap cik bulat, alamat satu kapal la dia orang tu nanti (sama-sama tak mandi). Mimi dah pandai dah sekarang semua nama binatang dia sebut… Teringin nak bawak dia pergi Zoo Negara, nak tunjuk kat dia gorilla… Binatang yang dia paling takut sekali setakat ini. Tak tau kenapa maybe sebab ada taring yang panjang macam hantu kot?



Cik Bulat dah siap, mula-mula destinasi pertama kite org ialah pergi hantar Helmi (adik cik bulat) pergi bus stand dulu sebab dia nak balik Politeknik dia di Kedah. Lepas je hantar Helmi saya pon roger la si Amru (sepupuku), memang hantu tidur jam menunjukkan waktu 11.30am dia belum bangun lagi, entah kali ke berapa saya call baru dia angkat…


Muaz: Pong!, ko dah bangun ke belum? Ada pergi mane-mane tak hari ni?
Amru: ….ha?baru bangun…takde pergi mane, kenape?Muaz: Takde la aku ingat nak ajak ko dengan Elin (GF Amru) pergi Taman Burung hari ni jalan-jalan nak tak?
Amru: Ok-ok…10minit
Takdenye 10minit, 20minit baru nampak batang hidung dia…


Amru: Huit! Anak sape ni ko bawak?Muaz: Anak kawan mama Era (nama formal cik bulat).
Amru: Mak dia tak marah ke?
Muaz: Entah ko tanye makcik kat blakang tu? Eh Elin dah siap ke?
Amru: Ha, kite pergi rumah dia dulu amik diaMuaz: Ok


Sampai rumah Elin dia pun sama terkejut tengok Mimi, Mimi pun same terkejut tibe-tibe je ramai orang dalam kete ni tadi kitorang bertiga je… Si Elin cuba nk mesra-mesra dengan Mimi pun dibalas Mimi dengan muka yang berkerut. Bila Si Elin gurau-gurau sikit habis Elin dipukulnya… Tak biasa lagi agaknya dengan si Elin…


Kami sampai di Taman Burung tepat jam 12.30pm, tiket kami RM20 seorang manakala Mimi percuma… untung jadi budak-budak percuma je. Masuk je taman burung kami disambut dengan kicauan burung-burung yang entah berapa ratus ke ribu jenis dalam taman tu… mimi dah mula seronok tengok burung-burung jinak di sekitar kami… bukan main dia berlari-lari… kat sane ada tempat penetasan telur ayam, kat situ Mimi ni paling seronok tengok sebab anak ayam dan anak itik sebab kite boleh sentuh dan pegang. Mimi pun ape lagi direngamnya anak ayam tu macam tanah liat, separuh mati anak ayam tu dia kerjakan, bukan tu saje tangan sebelah lagi ditarik-tariknya bulu anak ayam tu… kesian saya tengok… tak caye blh tgk videonya kat blog cik bulat saya. Ok, tengok gambar ye.








Saya cuba mengajar mimi cara berkomunikasi dengan burung, tengok mimi agak teruja dan kagum dengan kebolehan saye.


cik bulat pun taknak mengalah, nak cuba berkomunikasi juga dengan burung ni. Tapi mungkin cik bulat tersalah cakap lalu mengguris hati dan perasaan si burung lalu…


Adoi!!! Arrgggghhhh!!!! (cemas…) cik bulat dipatuk oleh burung berparuh besar ni…!



Saya tak puas hati, jadi saya marah balik burung tu. Selamat mimi tenangkan saya kalau tidak habis burung tu saya togelkan. Dengan nada insaf burung tu pun minta maaf kat cik bulat.



Penat berjalan kami pun berehat kat kawasan rehat di situ ada kolam, dalam kolam tu penuh dengan ikan koi n itik cantik-cantik semuanya… mimi yang gilakan air dah siap buka kasut nak masuk dalam kolam tu nasib baik kite orang perasan. Kalau tak berlencun semuanya…Mengamuk si syamimi bila kitorang tak bagi dia dekat dengan air kolam tu… Bila budak kecik tu dah start mengamuk apa lg “Jom balik!”. Kat luar jam 3.40pm, Mimi minta sesuatu kat cik Bulat… “Ayiii..Ayiiii..” (maknenya air) dengan "Ma, chucuu Ma...." (mintak susu) mase tu baru kitorang teringat yang Mimi tak makan lagi dari pagi…





Mimi puasa sama macam kitorang juga. Kesian dia. Tak sampai hati. Apa lagi cik bulat bergegas belikan mkanan untuk mimi… Sampai tertidur Mimi tunggu makanan. Kesian mimi lapar + penat + gembira + tak puas buat mimi tertidur dipangkuan Amru. Saya drive mase tu. Cik bulat sampai terus kejutkan mimi dan bagi Mimi makan… Tau pun takut… Ayok! Bawak anak orang jalan tak bagi makan ka? Kejam-kejam, dengan saya terlibat sama.


Sampai je kat rumah tak jadi tido si mimi ni, si cik bulat ni pulak sebok tunjuk gambar kat Mama dia. Sebok jugak la si Mimi nak bercerita kat cik Nab dia tu… Habis saya yang penat-penat ni kene la layan dia…


Hari tu sy b’buka di rumah cik bulat….


B’sambung…….

Syamimi Sayang

Assalamualaikum… Kesiannya blog saya ni dh lame kene tinggal… cik bulat saya ni bukan nak tolong updatekan. Janji dulu nak tolong, makan dah belanje, jalan-jalan dah bawak, tapi keje tak buat. Ni nak mengungkit ni… cian blog saya ni… takpe cik blog sekarang saya akan cuba hias kamu lawa2… bagi cerita yang segar2… supaya kamu ceria macam dulu semula ye cik blog…


Syamimi binti Najib, tu la name budak kecik yang kite orang paling sayang dah macam anak sendiri kite orang anggap… cuba tgk kat blog cik bulat shaye selalu sangat cerita pasal budak tu… sikit-sikit rindu syamimi, sikit-sikit rindu syamimi… saya dia tak rindu ke? Kalau mcm tu saya pun nak cerita jugak la pasal budak ni…


Syamimi atau nama timangannya Mimi, umur dia baru 1 tahun 9 bulan, dia ni anak kawan mama cik bulat… nak dipermudahkan cerita mak si mimi ni kerja dan mama cik bulat la yang mengasuh si mimi ni dari jam 8.30 pagi sampai 6.30 petang. Dulu mase budak mimi ni mula-mula sampai umah cik bulat aku tengok kecik je budaknya… takut aku nak pegang, tapi sekarang dah boleh jalan lasak dia kalah budak lelaki…Apa yang aku seronok dengan si syamimi ni sampai shaye n cik bulat sayang sangat kat dia?

Syamimi

Bace kat bawah ni:

1. Si Syamimi ni ceria budaknya, pandai amik hati orang… kekadang tu menjobo gak macam cik bulat dia suka menunjuk-nunjuk tak kira la barang ape yang baru dibeli semua nak ditayangnya, lepas tu tau pulak kedekut bile org nak pinjam.


2. Suke kucing, “nyauuuu…nyauuuu….” kucing kat umah tu dia panggil. Nak bela sori makcik Nab tak suke kucing… cik bulat lagi la… ikan Nemo la katakan…



3. Si mimi ni pandai wat memek muka, tu aku tak tau la atas didikan aku ke cik bulat? Berlakun pun pandai banyak muslihat budak ni…


4. Bijak sama macam saye, belum masuk 2 tahun lagi nombor 1 hingga 10 dah jadi lagu harian dia A,B,C… pun sama. Tu yang shaye belikan beg tu bagi dia mood nak pergi sekolah supaya jadi budak-budak yang cintakan ilmu…


5. Suka jalan-jalan, pantang tengok cik bulat shaye tu melawa sikit… “kut…kut…” nak ikut la tu maknanya… Sejak pandai jalan ni dah belagak dah takmo jalan pegang tangan. Belagak macam orang dewase…


6. Suka mandi, disebabkan budak syamimi ni aktif asyik bergerak je so badan dia cepat berpeluh… dah berpeluh mula la dia rimas asyik ajak cik bulat mandikan dia je la… kalau tengok dia kat bilik air bukan main punye la seronok dia dapat air dah macam duyung dah aku tengok…

7. Penggeli, kalau dia yak (buang air besar) tak boleh tengok taik dia mesti dia nk muntah… kalah orang mengandung… Bau busuk pun nak muntah..Kueh lembik-lembik pun dia geli… Cian la laki ko mimi nanti Mimi.



8. Kentut kuat, tu berjangkit dengan aku tapi part bau tu xsama aku wangi sikit… Sanggup kentut je mase jalan dari berak… Dia tau kalau berak je mesti balik awal punye… Dah kat rumah amik ko cik bulat oi… Melambak… Padan muka ko cik bulat kena basuh…hahaha…



9. Suke nyanyi sorang-sorang… Tu perangai cik bulat yang suka ajak dia pergi karaoke… Jangan nak mandai-mandai kate saya yang ajar…

10. Photogedik, pantang ada orang nak nangkap gambar ade je dia nak sengeh-sengeh same…Tayang gigi baru la katakan.


dan banyak lagi… lain kali kite cerite lagi ye?


Untuk Syamimi, kami doakan kamu menjadi anak yang baik, hormat ibu ayah, tak nakal-nakal, pandai jaga diri, cemerlang dalam apa jua bidang yang kamu ceburi. Dan jangan lupa, sentiasa ingat kami ye budak bucuk? Doa kami supaya kamu jadi wanita solehah serta menjadi contoh kepada masyarakat satu hari nanti…

Amin…

Jul 31, 2010

Happy B'day to me too...




24 tahun umur terbaru aku sekarang... Alhamdulillah syukur kehadratNya... kalau 24 tahun dulu aku dilahirkan seperti kain putih, sekarang dah warne-warni rupe kain batik dah agaknya.. Ya Tuhan berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi dugaan, cabaran dan onak ranjau di dunia ini...


Tanggal 01 Ogos 1986, 2: 48 am, lokasi dalam perut ummi aku... agak lame aku dalam ni (rahim mak aku) dh 9 bulan 10 hari aku kat sini... kat luar tu macam-macam bunyi aku dengar, tak sabar aku nk keluar dari sini... entah sape la yang ramai-ramai kat luar tu...


3:09 am,

Doktor : Push!!...push!!... lagi sikit kak dah nampak dah ni....
Ummi aku : Yaaaah!!!...
Doktor : Baby ni agak pemalu la nurse, besar sangat kepala dia nk kuar ni, hulur kan saye vakum tu...
Nurse : Nah doc...
Doktor : Bismillahirrahmanirrahim.... (sambil hidupkan vakum)


Lalu kepala aku pun disedut keluar oleh doktor tu dari rahim ummi aku, bila kepala dah kuar semua2 pun ikut keluar...Peeeek!! Punggung aku ditampar lembut oleh si doktor, tak sempat aku tepis... agak terpinga2 aku mase tu tak tahu apa dosa dan salah aku tibe-tibe doktor pukul punggung aku sakit tau so aku nangis cube nk ngadu ngan ummi aku, tapi ummi aku senyum je... Takpe takpe nanti aku ngadu kat ayah aku...


Lokasi rumah wan aku...


Mak oi ramainya orang tunggu aku... al maklum la mase ni makcik2 aku ramai yg anak dare lagi jadi histeria la dia bile tengok baby montel n comel macam aku ni... naik rimas aku sebenarnya mase tu... Kejap Mak Usu aku pegang kejap Mak Teng aku pegang last-last aku pun "Uuuuweeeeeekkk....!!!" menandakan napkin aku dh penuh... mase tu masing-masing berlari cari mak aku... mase tu wan aku kuat lagi dia la yg tolong cebokkan aku... bukan aku tak nak cebok sendiri takut nanti org pelik lak...


Menurut cerita wan aku dlu mase kecik2 kepala aku ni panjang dek kerana doktor tu guna vakum tarik kepala aku... sebagai rawatan alternatif arwah atok aku balut la kepala aku ni guna daun keladi... memang rimas mase tu tapi hasilnya... kepala lonjong tak ada lagi kalau tak mesti skarang ni melekat nama LONJONG kat aku ni.... (pssst!! kepala cik nemo bulat nape ye? haha...)


lokasi rumah wan lagi...


Setelah 24 tahun aku kembali di sini tempat asal kelahiran aku, tempat di mana aku dibesarkan... Sekarang memang banyak perubahan... Syukur la aku masih lagi jadi orang... Terima kasih atok... Kalau tak sebab atok rotan aku dulu sampai sekarang aku tak tau mengaji... Aku belajar tepati masa dari atok, kalau aku lmbt pergi sekolah atok akan cari aku pastu....Zap!!!! adoi!!! kat punggung tempat doktor tu pukul pulak tu....


Pukul mendidik tak salah... tapi ada tempat-tempat nya...Kalau aku dimanja2 aku rasa sekarang ni mungkin aku tak boleh nak hidup sendiri...Terima kasih kepada semua yang menyokong aku selama ini...


Ummi walid terima kasih kerana menbesarkan along yg cerewet n banyak karenah ni...Cikgu-cikgu halalkan segala ilmu-ilmu anda...Kawan-kawan terima kasih sudi berkongsi keriangan dengan aku...Cik nemo terima kasih atas segalanya, kamu muncul saat aku perlu seseorang sbagai tempat mengadu dan aku harap kamu sudi menerimaku hingga akhir hayatku...

>Happy birthday to me...<

Jul 12, 2010

Dah kembali dah...

lame dh rase xmenulis, dekat setahun ada kot?
hari ni dh satu rejab pejam celik pejam celik lagi sebulan kite nk berpuasa...
saye cuti hari ni, lokasi sekarang kat rumah cik bulat shaye...
dia ada kat dapur nun ngah tolong mama dia masak, sy de kat depan ni amik peranan jage mimi...

mimi elok je dok diam pas sy pasang lagu kat hp n selitkn kat seluar dia, so sy pon ringan2kn jari jemari ni menulis blg yg hidup segan mati xmau ni...
pas makan tengah hari ni cik bulat shaye ajak g JJ tgk wayang la kot, nk tgk esk, esk dia dh nk balik Batu Pahat huhu...

pas tu dia ajak g Pantai Remis lak macam2 la org pompuan ni, xpe layan je pas ni dia dh balik Johor baru aku buleh fokus tentang kerja aku... sekarang pon kerja dh mula ringan... beban yg 3bulan aku pikul dh mula susut huh alhamdulillah... mudah mudahan pas ni aku byk la mase nk tulis blog ni...