Followers

May 16, 2011

Selamat Hari Cikgu

Siapa saya tanpa cikgu, kerana cikgu aku benci rokok... dulu masa darjah 2 aku di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang Klang aku masih ingat lagi, mase tu sorang-sorang ke depan hantar kerja rumah tunjuk kat depan cikgu, tiba giliran aku tiba-tiba cikgu aku tahan aku.
cikgu: muaz, saya jumpa rokok dalam bag adik kamu. kamu ajar adik kamu isap rokok ye?
aku: (blur-blur) rokok cikgu? mana saya ajar dia cikgu...
cikgu: dia cakap kamu bagi dia. (tangan mula membuka penutup pen merah).
aku: betul cikgu, keluarga saya xada pun yang isap rokok.
cikgu: habis tu mane datangnya rokok dalam bag adik kamu tu?(pennya di halakan ke pipi aku lalu di conteng-contengnya misai dan janggut pada wajah aku)
aku: mana saya tau cikgu, adik saya jumpa kot (mata aku mula berkaca, malu membe2 tengok, lagi-lagi depan Fauziah Hanum, bdak klas yang aku ngah syok time tu)
cikgu: kamu jangan bohong cikgu, cikgu bawak kamu jumpa guru besar nanti.
aku: betul cikgu saya xbohong (air mata mula mengalir jatuh ke pipi)
cikgu: okey... kali ini cikgu bagi amaran, jika cikgu dapat tau lagi lepas ni siap awak cikgu cari!

start dari situ aku mula membenci klas muzik dan bermula dari situ aku tanamkan dalam diri aku bahawa "aku benci rokok". kerana rokok muka aku diconteng. kerana rokok cikgu aku aku berdendam. tapi la ni aku berterima kasih kat cikgu aku tu sebab dia aku tak merokok dan duet aku jimat tanpa rokok. akhir kata "tanpa rokok aku hidup, tampa cikgu aku mati"

p/s : mak aku pon cikgu gak.... pepe pon nak ucapkan selamat hari guru kepada cik pah(mak aku) yang dok bukak adiah dari ank-anak murid dia la ni. selamat hari ibu dan hari guru khas buat ummi ku sayang kamu semua.