Followers

Mar 31, 2011

3 bulan di belakangku

3 bulan yang lepas kita bertengkar, lalu 3 bulan yang lepas juga kita memutuskan hubungan yang kita bina 36 bulan yang lepas… sebelum kita berpisah 3 bulan diberikan untuk kita cuba bawa haluan masing-masing. Dan tempoh percubaan itu telah tamat dengan jayanya hari ini…

Hari ini 3 bulan itu telah berlalu, dalam tempoh 3 bulan itu aku telah pun menjadi tunangan orang. Manakala dalam tempoh 3 bulan itu juga kau telah bertemu seseorang yang baru dan istimewa. Pejam celik pejam celik banyak dah perubahan berlaku pada diri kita. Dari segi susuk tubuh saiz seluar aku kini telah maju kehadapan. Baju-baju yang aku pakai semasa dating yang kita beli sama-sama dulu semuanya dah ketat…perut aku dah tak taught macam dulu lagi (pernah ke?) sila salahkan cik Asma sebab makan tak habis pas tu bagi aku habiskan…

Sekarang aku sedng membuat persiapan untuk 3 bulan yang akan datang. 3 bulan yang amat bermakna dalam hidup aku. Berbelanja mewah tiada lagi. Tengok wayang hanya sekali sebulan. Keluar dating hanya di depan rumah bertemankan arnab n kadang kala ke Tanjung Harapan untuk makan burger. Tempat paling menarik sepanjang 3 bulan ini yang aku pergi hanya teratak nenda tercinta di Bangi, tidak ada yang menarik di sana melainkan senyuman nenda dan peluk ciumnya…

3 bulan tanpa Syamimi buat aku kadang kadang sunyi dengan riuh rendah, telatah anak itu… sungguh dia pernah memberi kebahagiaan pada diriku walau hanya sementara, tapi aku pasti sekarang dia sedang gembira dengan siapa sahaja di sisi dia.... argh… cemburunya, aku pun penah gembirakan dia juga la. Tapi semunya tak ada makna lagi, mungkin anggapan dia aku telah”diaruahkan” sejak 3 bulan yang lalu. Siapalah aku di hati Syamimi… Nasib baik cik Asma pun ada adik tapi dh besar sikit la Izzatul n Amirul nama dia orang, jadi la dari tak ada budak-budak langsung.

3 bulan aku tak borak ngan cik Nab, cik Nab (mak kamu) ni banyak cerita, dari cerita anak-anak dia sampai sedare-mare dia semua dia kenalkan n cerita kat aku 3 bulan yang lepas. Cekap di dapur telinga, mata dia memang peka dengan persekitaran. Tak ada peluang mimi nak panjat tangga naik ke atas pangil kak Iya dia. Tu dulu 3 bulan yang lepas mungkin sekarang mimi dah boleh berlari naik ke tingkat aku mane tau aku bukan ada kat ngan mimi pun skrang ni…

3 bulan yang lepas aku tak sempat minta maaf pada sesiapa pun yang telah aku sakiti hatinya… terutamanya cik Nab, pakcik Sulaiman, adik-adik kamu, syamimi, dan kamu Zaihazra. Jutaan maaf aku pohon seandainya tindakkan aku ini meremukkan ati banyak pihak. Tapi ingin aku nyatakan hati aku juga remuk. Hari ini kita telahpun memiliki n temui apa yang telah kita cari selama 3 bulan ini. Adakalanya dalam tempoh 3 bulan ini agak kosong, adakalanya bahagia, adakalanya kita menangis. Itu semua adalah kehidupan.

Kehidupan 3 bulan lepas tidak akan sama dengan 3 bulan yang telah kita lalui sekarang ini. Semoga kita akan bertemu 3 bulan akan datang. Salam hormat dari saya orang yang pernah meremukkan hati kamu 3 bulan yang lalu. Penghujung kisah Cinta kurang dari 3 tahun……<3 TAMAT

Mar 14, 2011

SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG

sunyi je hari ni...
hand phone aku xberjoget pon arini.
hari ini genap 1bulan aku jadi tunang orang
dan hari ini cik Asma mula melangkah ke usia yang baru.
hadiah apa la yg istimewa yg nk aku bagi kat dia tengah2 bulan ni.(cek tabung syling aku)
hadiah mgkin aku postpone ujung blan ni. tp aku ingat aku nk mskkn sesuatu utk cikAsma esk. pastu mkn same2.maybe xde la romantik sgt. tp juz sbgai tanda terima kasih aku kat dia yg faham n sabar dengan sifat aku yg kadang2 aku sendiri xfaham.
sejak kenal sampai sekarang aku suke dgn sifat sederhana yang ada pada diri dia. Semoga kamu menjadi seorang wanita yang solehah sayang...
semoga kamu dipanjangkan amalan kebaikkan, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan kamu dunia akhirat.
terima ksih atas segala pengorbanan kamu sayang...
semoga Allah merahmati kamu.