Followers

Jan 16, 2011

Tonton ialah Kurafat


Alhamdulillah...syukur kepadaNya yang telah banyak memberi rahmat dan nikmat kepada aku sehingga ke hari ini... diharap pembaca pembaca @ pembaca-pembaca (ada ke orang bace blog aku ni?) blog aku ni pun bahagiye jugak ye... bagi yang putus cinta jgn sedih-sedih ramai lagi orang yang sayang kamu... bagi yang cuba mencari cinta teruskan mencari sertakan dengan doa sekali ye smga yang kamu cari tu biarlah yang berkekealan takde la membazir nanti ye?

Aku baru pas blk dari tgk citer kurafat tadi...memang kurafat pon tajuk citer dia... aku bagi 4 bintang la kat citer ni. Dh lame dh aku xtengok wayang, siang tadi pas aku hantar arnab-arnab aku kat umah cik asma aku ajak la dia tengok citer kurafat ni, cik Asma kite ni tibe-tibe ada mood nk temankan aku tengok wayang selalunya menolak,sebab dapat anab baru kot tu yang lembut ati tu? lokasi TGV Bukit Raja Klang. Nak jauh-jauh takut terhantar lambat pulak ank dare org ni nnt. Untuk nk jg ati org tua dia aku pilih la yg dekat dgn rumah n cik Asma ni xcerewet sangat tempat-tempat dating ni. Depan rumah pun boleh. So seram hantu dia gatai-gatai semuanya main plok-plok orang, muncul depan-depan muka orang mcm nak comolot kau aku tengok. Cik Asma ko main tutup-tutup muke tadi aku tengok. Part mak dia sakit masuk hospital tu aku rasa macam buang mase je sebab xde kaitan dengan antu tu. Apa-apa aku dah tengok citer ni ko orang yang xtengok lagi g la tengok cepat Liyana Jasmay pakai tudung tau dlm cite ni bukan itu sahaja A.Galak terapung pin ada gak tau pendek kate semua ada tau. Nak tau best ke tak best kene la tengok sendiri.

Di bawah ni sinopsis citer dia koorang bace la sendiri pas tu g tengok kat wayang ye xpon tunggu la raye taun depan doa-doa la kuar kat TV3 nnt...


Sinopsis:

Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tapi manusia tanpa mengira akibatnya, membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan. Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital, sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda di pertengahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri serta ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersikap pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma pasangan ini. Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri dengan mayatnya tergantung. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akur dengan kesilapan silamnya. perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi. Kesimpulannya Khurafat adalah satu amalan yang mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta).

Selamat malam semoga mimpi-mimpi tang indah-indah ye.....

No comments: