Kehidupan berumah tangga sememangnya banyak cabarannya, tapi percayalah segalanya indah jika kita bijak mencorakkannya... gaduh-gaduh manja dah jadi rutin wajib setiap minggu aku dan isteri, emosi wanita sukar untuk diramal bak kata saudara Hasrizal Abdul Jamil penulis buku “Aku terima nikahnya”, “lelaki memiliki 9 akal dan 1 emosi, manakala perempuan mempunyai 9 emosi dan 1 akal”.
Dalam berumah tangga sabar itu sangat perlu lebih-lebih lagi bagi pasangan yang baru berkahwin macam aku ni, banyak kegiatan orang bujang yang perlu aku tinggalkan. Bila dh terlupa diri dan perasan bujang mulalah si isteri naik angin. Merajuk dan pujuk-memujuk dah jadi hidangan kami suami isteri setiap minggu. Walhal kadangkala pasal benda kecil je si isteri akan merajuk. Tidak aku nafikan si isteri perlukan perhatian, mau tidak, 9 jam aku di luar mencari nafkah sedangkan dia di rumah menanti kepulanganku dengan dendam cinta dan rindu. Kalau dulu sms menjadi tasbih zikir cinta aku setiap hari. Sekarang agak terbatas dek kerana urusan kerja yang tidak mengizinkan. Tapi percayalah rasa rindu, cinta dan sayang itu meluap-luap di dalam hati. Tepat jam 5 petang dulunya semasa bujang masih di pejabat (over time) sekarang dalam perjalanan pulang untuk bersama isteri tercinta. Semua masalah di pejabat hilang bila lihat wajah isteri tersenyum riang menyambut kepulangan aku.
Solat maghrib berjemaah dan mencium dahi isteri setelah selesai bersolat menambahkan lagi ikatan cinta kami suami isteri. Kadang kala mengaji bersama dan kadang kala kami membaca buku bersama. Di rumah kami tidak mempunyai television, jadai bukulah yang menjadi peneman kami. Cuma sesekali kami menonton wayang itu pun jika isteri berhajat. Pada hujung minggu pula kami akan meluangkan masa bersama. Isteri gemar mencabut rambut-rambut halus di sekitar pipiku, kadangkala memicit bintik hitam di muka aku. habis muka dan hidung aku dikerjakan sampai merah-merah dah tu gelak dengan muka tak bersalah.
Berkahwin bukan untuk keinginan seks semata-mata. Bukan untuk dijadikan tiket untuk kita membenarkan apa yang haram sebelumnya dan akhirnya jadi sia-sia. Apa yang aku nampak setelah berumah tangga adalah tanggungjawab, tanggungjawab yang perlu aku pikul, adakah cukup hanya sekadar memberikan nafkah zahir dan batin aku dah selamat di padang mahsyar nanti?. Adakah isteri aku sempurna pengetahuan islamnya? adakah aku juga sudah cukup islamnya ataupun islamnya hanya pada nama sahaja? semua ini harus di bincangkan oleh suami isteri. Isteri aku mudah mengaku kelemahannya dan cepat belajar, dia tidak bodoh sombong jika dia tidak tahu dia akan mengaku tidak tahu dan minta aku mengajarkannya. Ada kalanya aku juga tidak tahu dan kami sama-sama mencarinya di internet ataupun dari buku-buku yang kami beli.
Bagi yang bercinta tanamkanlah dalam diri kamu yang kamu ingan berkahwin dengan orang yang kamu cintai secepat mungkin. Kenapa secepat mungkin? Makin lama kamu bercinta makin kamu bosan pada pasangan kamu. Dan jika kamu menikahinya rahmat Allah sentiasa bersama kamu selagi kamu tidak melupakkan-Nya kamu tidak akan bosan dengannya malah kamu akan sentiasa memerlukannya makin hari makin sayang, makin kamu mengenalinya makin kamu cintakannya. Bagi aku bercinta adalah merugikan dan membazir. Sokong? Buktinya bercinta pegang-pegang tangan dapat dosa, dah kahwin salam isteri pun dapat pahala malah gugur segala dosa-dosa dari celah-celah jari suami dan isteri. Bercinta, top-up rm50~rm150 sebulan, dah kawen rm30 sebulan ada baki lagi rm14.50 pada hujung bulan. Bercinta bagi hadiah mahal-mahal makwe hanya ucap terima kasih je. Bile dah kawen bagi choki-choki je pun isteri ucap terima kasih siap peluk, cium lagi, untung-untung dia masak sedap-sedap untuk makan malam nanti.
Tak ada duit nak kawin jadi alasan? Makin lame kau tangguh makin banyak duit kau nak guna untuk kawin nanti. Sebagai contoh mase aku kawen May 2011 harga emas rm151/gram sekarang July 2011 rm173/gram nampak? Tu baru emas belum barang basah untuk kenduri kendara nanti. Bak kata pepatah nak seribu daya taknak seribu dalih. Kalau niat tu dah betul nak jaga maruah keluarga cepat-cepat simpan duit pinang buah hati pengarang jantung kau orang tu. Jangan risau niat yang baik Allah akan mudahkan jalan. Kau tak ada duit nak kawen Allah akan bagi rezeki yang melimpah ruah kau jangan risau. Macam aku sendiri banyak aku terhutang budi ngan mak mertua aku, walaupun keluarga isteri bukan dari golongan yang berada dia tidak letakkan pun berapa ribu wang hantaran segalanya terserah kepada aku menilai isteri aku. Bagi isteri, dia redha dan terima apa yang keluarganya putuskan. Di situ membuatkan aku terharu, cepat-cepat aku suruh keluarga aku pinangkan pada 15 Feb 2011 (maulidurrasul) dan 3 bulan kemudian kami telahpun menjadi pasangan suami isteri yang sah walaupun pada rancangan awalnya ikatan pertunangan kami adalah 6 bulan, atas permintaan bondaku yang tercinta, yang tak mahu anaknya hanyut dibuai asmara lalu di pimpinnya aku ke jalan yang lebih diredhai. Di situ aku temui bahagia, dan aku harap biarlah bahagia ini kekal hingga ke syurga abadi hendaknya.
Ingat, hidup mesti diteruskan tapi bukan diteruskan dengan melakukan kesilapan tetapi untuk perbetulkan kesilapan. Jika terpesong dari jalan-Nya istighfarlah muhasabah betulkan diri jangan takut mengaku kesilapan kita dihadapan-Nya. Sesungguhnya kita adalah hamba dan dia Tuhan yang maha esa. Bagi yang baru menjadi pengantin raja sehari “ Baraka allahu lakuma wa Baraka alaikuma wa jamaah baina kuma fee khair...”. bagi yang dah bertunang tahniah anda telah maju kehadapan dan tingkatkan doa semoga jodoh anda dengan pasangan anda akan dipertemukan jua akhirnya. Kepada yang masih bercinta banyak-banyakkan lah berpuasa ingat dosa kering itu lama kelamaan boleh jadi dosa besar dan puasa itu dapat menahan diri kita terpesong dari jalan-Nya...
No comments:
Post a Comment